ict

Perbezaan Intel Core i3, i5 dan i7


Banyak perbezaan di antara ketiga-tiga processor keluaran Intel ini. Perbezaannya banyak merujuk kepada penambah baikkan dari processor yang lepas seperti penambahan dalam penggunaan teknologi pada sesebuah processor itu sendiri. Intel Core i3 ini lebih ditujukan penggunaannya pada komputer  ‘entry level’,  Intel Core i5 untuk ‘mid level’ dan Intel Core i7 untuk ‘high level

Intel Core i3
Intel Core i3 merupakan pengganti kepada Intel Core 2 duo. Ia mempunyai 2 core. ‘Arrandale ‘ adalah code bagi Core i3 ini. Kelebihan bagi i3 ini ia mempunyai dua prosessor yang berjalan secara serentak. Ia dinamakan 32nm dual core dimana processor berjalan secara serentak dalam satu pakej pada frekuensi yang sama. Sama seperti i5 dan i7, i3 juga mempunyai teknologi intel hyper-threading yang membolehkan perlaksanaan 4 tugas dalam 1 masa dan dibahagikan kepada 2 processor. 1 processor akan melakukan 2 tugas pada 1 masa serentak. Terdapat Intel HD graphic bagi menghasilkan gambar yang lebih tajam, warna yang banyak dan video yang real serta audio . i3 mempunyai Processor memory cache 4 mb cache sahaja.

Intel Core i5
‘Lynnfield’ adalah codename untuk Core i5.  Processor  Core i5 ini lebih baik daripada i3. Didatangkan dengan teknologi turbo boost. Processor i5 mempunyai 2 atau 4 core mengikut modelnya.. Ia juga mempunyai teknologi intel hyper-threading sama seperti i3 dan i7. Di datangkan dengan Intel HD graphic yang memberikan prestasi visual yang menggagumkan untuk gambar lebih tajam, warna yang sekata. Anda tidak perlu menggunakan tambahan video kad kerana semua tertanam dalam i5. Dengan kecanggihan yang  ada pada i5, i5 mampu bergerak lebih pantas dalam melakukan kerja, seperti bermain game dan mengedit foto. Processor i5 mampu melakukan kerja dengan serentak. Jika Core i7 menggunakan Triple Channel DDR 3, maka di Core i5 hanya menggunakan Dual Channel DDR 3. Processor memory cache pula lebih banyak daripada i3 iaitu 2 kali ganda dimana i5 mempunyai 8 mb cache .

Intel Core i7
Core i7 merupakan processor pertama yang menggunakan teknologi “Nehalem”.  Codename bagi Core i7 ialah ‘Bloomfield’. Ia mempunyai  2, 4 atau 6 core bergantung kepada modelnya. Kesemua core yang ada dilengkapi dengan teknologi Intel Turbo Boost di mana membenarkan core untuk meningkat kuasa lebih cepat dari frekuensi asal bagi melakukan kerja dengan cepat secara automatik. i7 juga mempunyai teknologi Intel hyper-threading iaitu merupakan teknologi yang membenarkan processor melakukan 8 tugas dengan serentak. Selain itu, i7 dilengkapi dengan Integrated memory Controller yang menyokong 3 saluran memori DDR3 1066 Mhz bagi membolehkan memori bandwidth meningkat sehingga 25.6 GB/sec. 8 MB Intel Smart Cache sudah cukup memberikan prestasi yang lebih tinggi, lebih efisien kepada subsistem cache. Seperti i3 dan i5, i7 juga mempunyai Intel HD Boost meningkatkan pelbagai aplikasi multimedia dari segi grapik dan visual. Gambar lebih cantik sikit dari i3 dan i5.


"Prestasi Di Hadapan, Pencapaian Berterusan"


Hasrul Ealmi b Hj Hamzah | Senior Computer Technician | hasrul@ict.upsi.edu.my
Information & Communication Technology (ICT) Centre,
Sultan Idris Education University, 35900 Tanjong Malim, Perak
Office +605 450 6360 | Faks +605 4581600 | HP +6012 355 0506 |